SELAWAT KE ATAS NABI SAW;
KELEBIHAN & LAFAZ YANG SAHIH.
بسم الله، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد..
Definisi - Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)), diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna
selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat,
pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada
juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk
mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya
(petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:
{هُوَ
الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ
الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا}
{Dialah
yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan
memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari
kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang
kepada orang-orang yang beriman.} [Al-Ahzab:43]. Hukum berselawat.
Para
ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad
SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat
(ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya.
Antaranya:
1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap
kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti
namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
Arahan Membaca Selawat
Dalam
semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya
berselawat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri
memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan
kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu sangat
utama.
Kelebihan Selawat:
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa
yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat
baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta
ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: "Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat". [HR: Tirmizi. Sahih].
Banyak
berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim
kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
Selawat Paling Afdhal
Membaca
selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah
satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama
untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada
umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah
Ta'ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
sebagaimana firman-Nya:
{إِنَّ
اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}
{Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke
atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}. [Al-Ahzab: 56]
Ayat
di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca
apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Namun
demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa
orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat
untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.
Antaranya
ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.
Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya
kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.
Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ
حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Inilah
antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat
RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat
untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan ianya sebagai lafaz
paling afdhal dalam berselawat.
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].
Menurut
Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat
yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Ini kerana para
ulama’ telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar
hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal
selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau
nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”
Maka
adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam
membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan
seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat
sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW
kadang-kadang tidak terlepas dari kekeliruan, baik dalam pemilihan
bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.
Lafaz Selawat yang sahih:
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:
1. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ،
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah,
Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah
memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]
2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda
dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga
Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan
keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan
Muslim].
3. Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan
berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah
memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]
4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada
Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi
sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no.
981, sahih]
5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu,
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan
berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]
6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ
وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى
أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya
(keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau
telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli
baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah
memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].
7. Dari Abu Hurairah RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan
berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]
8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad,
sahih].
o Waktu Afdhal Berselawat
· Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
· Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
· Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
· Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
· Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
· Di akhir qunut dalam solat.
· Di dalam solat jenazah.
· Ketika masuk dan keluar dari masjid.
· Setiap waktu pagi dan petang.
· Hari Khamis malam Jumaat.
· Sepanjang hari Jumaat.
· Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Demikianlah
perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai
panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan
sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW. Wallahu a’lam.
sumber dari: http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/01/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan.html